Monday, 23 May 2011

TIPS PELABURAN

Semua orang tahu apa itu pelaburan. Pelaburan adalah bagus untuk menambahkan pendapatan. Malangnya dunia yang semakin moden kini menyaksikan pelbagai bentuk pelaburan yang lebih kepada 'money game' yang mana terdapat segolongan manusia di seluruh dunia yang semakin tamak dengan menganiaya sesama mereka. Negara kita tidak terkecuali daripada permainan ini. Justeru itu , adalah atas pilihan kita untuk kita melabur di mana sahaja yang terbaik.Kita berhak memilih!


JANGAN HANYA MEMBERI WANG ANDA KEPADA ORANG UNTUK MENDAPAT KEUNTUNGAN TANPA MEMBELI !!!


Sebelum kita  menyertai mana-mana pelaburan, kita mestilah faham bahawa apabila kita menyebut pelaburan, ini bermakna kita hanya menggunakan wang-wang lebihan atau simpanan. Kenapa kita melabur?


Kita melabur kerana untuk simpanan hari tua atau untuk keperluan di masa hadapan. Contoh : kita membeli amanah saham (melabur) atau membeli hartanah atau membeli saham, itu semuanya adalah untuk kegunaan di hari tua ataupun untuk kita membayar keperluan persekolahan anak-anak di tahun hadapan atau untuk membayar cukai jalan atau apa sahaja perancangan kita di masa hadapan dengan tidak menggunakan wang gaji kita. Itu dinamakan pelaburan.


Sekiranya kita tidak mempunyai wang lebihan atau hidup kita hanya mempunyai wang yang secukupnya untuk keperluan hidup kita sahaja maka saya sarankan janganlah anda melabur. Buatlah simpanan terlebih dahulu!


Pelaburan adalah untuk jangka panjang , bukannya jangka pendek. Sekiranya kita melabur hanya untuk membayar bil elektrik setiap bulan atau untuk membeli barang dapur , itu bukan pelaburan namanya. Kita kena faham yer !!


Saya hanya dapat sarankan daripada pengalaman saya, menyertai pelaburan ini atau sebarang pelaburan lain adalah baik untuk kita membeli emas fizikal setiap kali kita mendapat dividen ataupun keuntungan daripada pelaburan yang kita masuki. Jangan kita belanja yang bukan-bukan. Itu bukan pelaburan namanya.


Satu lagi yang perlu kita ambil kira adalah setiap pelaburan mempunyai risiko tersendiri. Kalau kita membeli saham ataupun amanah saham sekali pun, akan terteralah peringatan untuk kita faham mengenai risiko yang ada. Oleh itu nilaikan sendiri. Tepuk dada tanyalah selera!


Simpan di bank sekarang pun ada risikonya. Sebuah bank terkenal di Amerika Syarikat pun tutup! Bursa saham di Mesir pun tutup! Pendek kata apa sahaja yang dinamakan pelaburan ada risiko tersendiri. Jangan kita ingat , kita membeli banyak hartanah untuk pelaburan hari tua tiada risiko. Kalau kita beli hartanah sekalipun (yang ramai orang fikri tiada risiko), kalau hartanah kita tiada penyewa, tiada pembeli atau mungkin ranap diharungi banjir, terbakar .. sama sahaja, tetap berisiko!! 


Fikirkan ..... !



No comments:

Post a Comment