Lama dah tak update blog ni.. (teruk punya admin!!)
OK, hari ni nak citer pasal penginapan sebagai budak universiti. Macam biasa la, ada U yg sediakan asrama untuk semua pelajar dan ada yang hanya sediakan untuk pelajar tahun satu dan pelajar senior yang kononnya aktif di kolej.
Bagi yang penginapannya disediakan, takde masalah sangat la nak cari tempat tinggal kan? Cuma berebut je la nak dok kamsis yang hot kononnya.. hehehe.. Tapi kepada yang terpaksa menyewa, banyak jugak perkara yang perlu diambilkira.
Pertama-jarak
Dekat ke rumah sewa korang dengan dewan kuliah dan perpustakaan? kalau jauh, leceh sikit.. pastu belanja pengangkutan pulak akan meningkat. kalau xde trasnport? lagi la susah hidup!!
Kedua-kadar sewa
Sebagai pelajar, seboleh mungkin nak cari rumah yang lengkap dan selesa tapi MURAH!! Ada ke? Kalau nak senang, banyakkan bercampur dengan senior yang dah tahun akhir. Bila dorang kuar dari rumah tu, korang la pulak sambung jadi penyewa. Kalau bernasib baik, tuan rumah bagi ikut kadar sewa lama, best jugak
Ketiga-Kemudahan
Banyak tak kemudahan kat rumah sewa korang tu? Ada wifi? Ada mesin basuh? Ada TV? Ada katil? Ada meja? Semua nak kena ambil kira sebab korang mesti malas nak angkut banyak perkakas keluar masuk rumah sewa. Penatlah!
Keempat-Penghuni
kalau nak murah, memang la kena menyewa beramai-ramai. Tapi kena berhati-hati la memilih kawan serumah. Kalau dapat yang panjang tangan, susah lagi hidup! Pastu kalau dapat yang jenis nak menumpang je, sewa langsung x nak bayar!!! Lagi haru. Jenis lain pulak yang suka membazir. Membazir air, membazir elektrik. Ni pun kena elakkan. Nanti tak pasal2 kena bayar bil tinggi!! Sakit lagi poket…
Bagi yang ada kemudahan asrama, mudah la untuk korang. X payah pening2 sangat. Tapi ada juga kekurangannya. Korang ni nanti kurang sikit skill kehidupan. Yela, nak pergi kuliah, transport dah ada.. Dekat.. Xyah pikir bil elektrik, air, astro dll. Xyah gaduh2 dengan housemate. Xyah masak2. Xyah risau belum bayar sewa. Xyah risau kalau tuan rumah tiba2 halau keluar. Al maklum la, semuanya tersedia. Korang mungkin akan kurang sikit daya juang. Hehehe..
Apa pun, pilihan di tangan masing2. Kalau rasa nak mencabar, pilihlah rumah sewa. Kalau rasa nak ringan beban, dok je la hostel…
No comments:
Post a Comment