Thursday 26 May 2011

info yang baik untuk 1malaysia

Monday 23 May 2011

TIPS PELABURAN

Semua orang tahu apa itu pelaburan. Pelaburan adalah bagus untuk menambahkan pendapatan. Malangnya dunia yang semakin moden kini menyaksikan pelbagai bentuk pelaburan yang lebih kepada 'money game' yang mana terdapat segolongan manusia di seluruh dunia yang semakin tamak dengan menganiaya sesama mereka. Negara kita tidak terkecuali daripada permainan ini. Justeru itu , adalah atas pilihan kita untuk kita melabur di mana sahaja yang terbaik.Kita berhak memilih!


JANGAN HANYA MEMBERI WANG ANDA KEPADA ORANG UNTUK MENDAPAT KEUNTUNGAN TANPA MEMBELI !!!


Sebelum kita  menyertai mana-mana pelaburan, kita mestilah faham bahawa apabila kita menyebut pelaburan, ini bermakna kita hanya menggunakan wang-wang lebihan atau simpanan. Kenapa kita melabur?


Kita melabur kerana untuk simpanan hari tua atau untuk keperluan di masa hadapan. Contoh : kita membeli amanah saham (melabur) atau membeli hartanah atau membeli saham, itu semuanya adalah untuk kegunaan di hari tua ataupun untuk kita membayar keperluan persekolahan anak-anak di tahun hadapan atau untuk membayar cukai jalan atau apa sahaja perancangan kita di masa hadapan dengan tidak menggunakan wang gaji kita. Itu dinamakan pelaburan.


Sekiranya kita tidak mempunyai wang lebihan atau hidup kita hanya mempunyai wang yang secukupnya untuk keperluan hidup kita sahaja maka saya sarankan janganlah anda melabur. Buatlah simpanan terlebih dahulu!


Pelaburan adalah untuk jangka panjang , bukannya jangka pendek. Sekiranya kita melabur hanya untuk membayar bil elektrik setiap bulan atau untuk membeli barang dapur , itu bukan pelaburan namanya. Kita kena faham yer !!


Saya hanya dapat sarankan daripada pengalaman saya, menyertai pelaburan ini atau sebarang pelaburan lain adalah baik untuk kita membeli emas fizikal setiap kali kita mendapat dividen ataupun keuntungan daripada pelaburan yang kita masuki. Jangan kita belanja yang bukan-bukan. Itu bukan pelaburan namanya.


Satu lagi yang perlu kita ambil kira adalah setiap pelaburan mempunyai risiko tersendiri. Kalau kita membeli saham ataupun amanah saham sekali pun, akan terteralah peringatan untuk kita faham mengenai risiko yang ada. Oleh itu nilaikan sendiri. Tepuk dada tanyalah selera!


Simpan di bank sekarang pun ada risikonya. Sebuah bank terkenal di Amerika Syarikat pun tutup! Bursa saham di Mesir pun tutup! Pendek kata apa sahaja yang dinamakan pelaburan ada risiko tersendiri. Jangan kita ingat , kita membeli banyak hartanah untuk pelaburan hari tua tiada risiko. Kalau kita beli hartanah sekalipun (yang ramai orang fikri tiada risiko), kalau hartanah kita tiada penyewa, tiada pembeli atau mungkin ranap diharungi banjir, terbakar .. sama sahaja, tetap berisiko!! 


Fikirkan ..... !



Sunday 22 May 2011

create your own banner at mybannermaker.com!
Make your own banner at MyBannerMaker.com!

jv kete sewa

Antara Prosedur untuk JV dengan kami ialah :
(1) Pastikan kereta anda dalam condition yang baik...
(2) Memiliki Geran kereta yang sah
(3) Kereta anda bukan kereta yang untuk di jual
(4) Agrement biasa kami buat minimum 3bulan
(5) Tempoh percubaan 1 bulan, kalau kereta bermasalah, argement terbatal.

Saturday 21 May 2011

Himpunan terbesar kereta vintaj, klasik di Asia Tenggara





JENTERA berwarna putih yang sudah berusia hampir 73 tahun itu amat dekat dihatinya. Meskipun baru setahun menjadi miliknya, sejarah kenderaan itu sudah diketahui secara mendalam. Bukan mudah untuk memperoleh model tersebut kerana pemilik asal enggan menjualnya.
Namun berkat kesabaran Angus E. Campos, seorang ahli perniagaan minyak maritim, Mercedes-Benz model 170 V Roadster akhirnya beralih tangan.
Pemilik asalnya ialah keluarga Veledrom dari Belanda yang berkecimpung dalam perniagaan import dan mengeluar kenderaan di Surabaya, Indonesia.
Sewaktu bertemu Angus, beliau menyatakan model Roadster itu menjadi kereta kesayangannya disebabkan sejarahnya yang luar biasa. Kereta itu pernah dibom oleh tentera Jepun sewaktu Perang Dunia Kedua!
“Sewaktu Jepun menyerang Indonesia, pemiliknya menyembunyikan kereta ini dalam sebuah kontena di dalam gudangnya. Askar Jepun fikir gudang tersebut menjadi lokasi penghasilan senjata api. Jadi, gudang itu dibom.
“Selepas perang tamat, pemiliknya menemui kereta 170 V Roadster itu dalam keadaan yang amat teruk. Pada tahun 1946, ia dihantar ke kilang Mercedes-Benz di Jerman untuk dibaik pulih,” ceritanya.
Ketika model itu sampai ke Jerman, pemilik asalnya menerima satu panggilan telefon untuk meminta kebenaran membuat sedikit modifikasi yang melibatkan pemindahan lampu hadapan pada dapra. Modifikasi yang dilakukan pada model 170 V Roadster menjadi prototaip untuk pengeluaran model-model keluarga 220.
Angus ditemui pada pameran pertandingan Historic Mercedes-Benz Concours 2011. Berlangsung di Palace of the Golden Horses, Mines Resort City di Selangor, ia merupakan acara yang julung-julung kali dianjurkan oleh Mercedes-Benz Malaysia Sdn. Bhd. (Mercedes-Benz Malaysia).

MODEL 500K yang bernilai RM25 juta milik Eugenio Campos.


Acara tersebut diadakan sempena ulang tahun jenama Mercedes-Benz ke-125. Pelbagai model vintaj, klasik dan moden klasik dipertandingkan. Angka rasmi kenderaan yang diperagakan ialah sebanyak 125 buah.
Tiga buah teksi
Suasana pameran cukup meriah. Para pemilik kenderaan tidak melepaskan peluang berbual dan melayan pertanyaan pengunjung mengenai kereta yang mereka dipamerkan. Tiga buah teksi lama berwarna biru kuning dan dua buah lori Mercedes-Benz turut memeriahkan pameran.
Di bawah pancaran matahari yang terik, pengunjung masih sempat berkongsi idea dan pengetahuan mengenai kenderaan Mercedes-Benz.
Lokasi pameran kereta vintaj secara tiba-tiba lengang seketika apabila sebuah Mercedes-Benz Mclaren SLR dipandu masuk dan ditempatkan di hadapan barisan kereta Vintaj. Orang ramai termasuk beberapa peserta pameran terus berkerumun disekeliling model terbaru itu.

MODEL Mercedes-Benz 300SL Gullwing memenangi kategori vintaj.


Perlu diketahui, pengumpulan kenderaan yang bernaung di bawah jenama Mercedes-Benz itu merupakan himpunan terbesar pernah diadakan di rantau Asia Tenggara. Nilai keseluruhan model-model tersebut melebihi RM80 juta. Penyertaan diterima dari seluruh negara termasuk enam model yang dipandu terus oleh peserta dari Singapura.
Kesinambungan pameran ini untuk dijadikan satu acara tahunan masih belum diputuskan oleh Mercedes-Benz Malaysia. Perkara itu perlu mengambil kira kejayaan pameran kali ini, sambutan, jumlah penyertaan serta aspek-aspek lain termasuklah peruntukan kewangan.
30 juta unit dijual
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Mercedes-Benz Malaysia, Roland S. Folger memberitahu, pameran itu menampilkan barisan model yang menceritakan sejarah, kualiti binaan, peneraju rekaan, inovasi teknologi serta usaha-usaha yang dilakukan oleh peserta demi mengekalkan keaslian kenderaan masing-masing.
“Antara model yang diperagakan ialah Mercedes-Benz 300SL Gullwing, Mercedes-Benz 320B tahun 1938, Mercedes-Benz 220SE Ponton Cabriolet dan beberapa model terbaru keluaran Mercedes-Benz,” katanya.
Sejak tahun 1945, sebanyak 30 juta kenderaan Mercedes-Benz berjaya dijual di seluruh dunia dengan 100,000 daripadanya dimiliki oleh pengguna di Malaysia.
Menurut S. Folger, pemilik pertama Mercedes-Benz di Malaysia ialah Sultan Johor, Almarhum Sultan Ibrahim Iskandar Al-Masyhur ibni Almarhum Sultan Abu Bakar pada tahun 1910.
Bapa Angus, Tan Sri Eugenio Campos membawa kenderaan paling rare di dunia iaitu model Mercedes-Benz 500K. Hanya 354 unit sahaja dihasilkan pada tahun 1936. Apa yang menariknya, ini adalah model buatan tangan dan menggunakan enjin 5,000cc dengan supercharger. Kini cuma tinggal tiga buah model tersebut di dunia.
Selain Eugenio Campos, dua lagi jentera sama dikatakan berada di Jepun dan Eropah. Nilai kereta itu dikatakan sudah mencecah RM25 juta sebuah.
Eugenio Campos berjaya membeli model itu daripada seorang pengumpul kenderaan antik di Australia pada tahun 1996. Beliau kemudian membelanjakan lebih RM1 juta untuk kerja-kerja membaikpulih di Mercedes-Benz Classic Centre di Jerman.

ANGUS bersama model kesayangannya 170V Roadster.


Angus memberitahu, antara kelebihan Mercedes-Benz ialah pengeluar kenderaan itu masih menghasilkan komponen untuk model-model kereta lama dan klasik.
“Jika komponen tiada, tidak timbul masalah kerana mereka masih menyimpan lukisan asal yang boleh digunakan untuk penghasilan semula alat yang diperlukan pelanggan. Mereka akan mengambil masa dua minggu untuk menghantar alat ganti yang kami pesan,” jelasnya.
Pemilik model 250SL Automatik keluaran tahun 1967, Datuk Shamshul Baharain Sulaiman menyatakan bahawa penjagaan kenderaan klasik tidaklah sesusah yang disangka kerana ia tidak menggunakan kotak komputer. Semuanya mekanikal. Penyelenggaraan perlu dilakukan tiga bulan sekali meliputi penukaran minyak hitam dan palam pencucuh.
Inisiatif Mercedes-Benz yang turut mengetengahkan beberapa model terbaru sekali gus menjadikan ia satu pameran yang boleh dianggap lengkap. Antara model terkini yang dipamerkan termasuklah model ML350 AMG Sport Edition, E63 AMG, R300L, S350L, E25 CGI BlueEFFICIENCY, E250 Coupe, SL300, C300 Estate dan B180.
Sementara itu, Azmi Aziz yang memiliki model 280S tahun 1969 dibelinya daripada pelumba rali, Karamjit Singh berharap institusi kewangan tempatan memudahkan pinjaman untuk pembelian kenderaan klasik. Langkah itu pasti memberi peluang kepada lebih ramai peminat memiliki kereta klasik idaman mereka.
Historic Mercedes-Benz Concours ternyata menjadi platform terbaik menceritakan perkembangan inovasi dan revolusi perjalanan jenama Mercedes-Benz kepada umum.
Pameran itu juga membolehkan pemilik-pemilik kenderaan vintage dan klasik diraikan secara langsung oleh pihak Mercedes-Benz.

KL parkour





SUASANA di sekitar Putrajaya pada pagi Ahad itu tampak tenang berbanding hari-hari biasa. Keadaan jalan raya lengang. Pejabat-pejabat kerajaan yang sebelum ini sibuk dengan orang ramai melakukan pelbagai urusan juga kelihatan sunyi sepi.
Lazimnya, begitulah senario yang boleh dilihat di Putrajaya setiap kali cuti hujung minggu atau cuti umum.
Bagi Abudi Alsagoff, 20, ketenangan itulah yang dicarinya setiap kali berkunjung ke pusat pentadbiran kerajaan itu saban minggu.
Bukan apa, dia tidak mahu aktiviti dia dan rakan-rakannya di taman rekreasi berhampiran Menara Putrajaya Holdings itu diganggu.
Kehadiran mereka bukannya mahu bersuka-ria, jauh sekali melakukan onar. Mereka hadir untuk menguji kemahiran diri dalam parkour (seni pergerakan badan), satu kegiatan ekstrem yang semakin berkembang di negara ini.

PARKOUR dilihat sebagai seni yang agak berbahaya oleh kebanyakan orang kerana gerakannya yang bukan mudah.


Landskap taman yang dikelilingi tembok batu, palang besi dan tiang konkrit memberikan cabaran semula jadi kepada peminat parkour sepertinya.
Lompatan demi lompatan yang dilakukan, disulami dengan aksi akrobatik untuk menempuh pelbagai halangan fizikal di hadapan menggunakan tubuh badan nyata memukau pandangan.
Itu tidak menghairankan kerana Abudi dan rakan-rakannya sememangnya profesional dalam rutin seni itu. Di bawah payung Kelab 3RUNmy, mereka kini aktif menjalankan pelbagai persembahan bergerak, persembahan untuk badan korporat dan komersial serta bengkel di negara ini.
Sebagai antara pengasas kelab itu, Abudi berkata, 3RUNmy yang ditubuhkan pada 2008 merupakan kelab parkour profesional pertama negara ini.
Dia yang aktif dalam parkour sejak 2007 memberitahu, sebelum ini dia dan seorang lagi pengasas kelab itu, Amir Hamzah Abdul Halim, 20, sering menerima pelawaan melakukan persembahan secara individu.
“Kami mula terfikir seni ini sebenarnya mempunyai tarikan dan nilai komersial yang tersendiri, lalu menubuhkan 3RUNmy.
“Ia diinspirasikan daripada kejayaan kelab parkour profesional di United Kingdom, 3RUN. Kelab itu bukan sahaja terkenal di seluruh dunia, malah aktif melakukan persembahan, komersial, koreografi, kejurulatihan dan bengkel,” katanya yang merupakan pelajar tahun dua Kejuruteraan Elektrik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Dianggotai 11 ahli, Abudi menjelaskan 3RUNmy pernah dijemput mengadakan persembahan khas seperti Cabaran Kecergasan 2008, Xtreme Challenge Putrajaya 2008, Hari Belia Negara 2010, Festival Belia Malaysia 2010 dan sebagainya.
Pendapatan sampingan
Katanya, kelab itu juga terlibat menjayakan persembahan membabitkan badan korporat seperti pelancaran produk dan karnival seperti pelancaran model baharu Mini Cooper, Puma Winter Fashion Show, Puma Happy Hunting, Reebok dan American International Assurance (AIA).
“Di samping itu, terdapat beberapa persembahan komersial di televisyen yang pernah dijayakan seperti Marigold, 100 Plus, Astro, Kentuky Fried Chicken, Power Root, Code 10 dan sebagainya.
“Malah, ada di antara kami juga yang pernah bergelar pelakon aksi ngeri seperti dalam filem Cicak Man 2, Haq dan Jin Notti,” jelasnya yang pernah terlibat untuk penggambaran komersial luar negara bagi produk Navratna Oil.

KREW 3RUNmy melakukan lompatan balik kuang secara serentak yang memerlukan ketangkasan dan kemahiran tinggi.


Tambah Abudi, dia tidak menyangka parkour yang disertainya sebagai salah satu aktiviti kecergasan pada masa lapang satu ketika dahulu, kini mampu menjana pendapatan sampingan.
“Boleh dikatakan setiap bulan ada sahaja jemputan yang diterima sama ada untuk persembahan atau komersial.
“Bagaimanapun, ia tidak bermakna kami mengabaikan keaslian seni ini disebabkan mahu mengejar prestij atau wang. Ia masih satu seni indah yang menggabungkan aspek mental, fizikal dan persekitaran untuk menghasilkan gerak langkah yang menggagumkan,” ujarnya yang bercadang untuk menubuhkan akademi dan gimnasium di bawah 3RUNmy satu hari nanti.
Sementara itu, bagi Amir pula, dia tidak menyangka minat mendalam terhadap parkour membolehkannya menimba pengalaman lakonan dalam filem Cicak Man 2 pada tahun 2008.
Ujarnya, biarpun sudah biasa terlibat dalam penggambaran komersial sebelum itu, namun penggambaran filem lebih mencabar kerana melibatkan banyak lokasi, tempoh masa panjang dan jadual yang ketat.
Katanya, dalam filem itu, dia menjadi double stunt untuk watak utama Cicak Man 2, Hairi lakonan Saiful Apek.
“Penggambaran mengambil masa sehingga sebulan membabitkan beberapa lokasi sekitar Pahang, Kuala Lumpur dan Selangor.
“Boleh dikatakan hampir semua aksi lagak ngeri yang ditampilkan dalam filem itu dilakonkan oleh saya,” katanya yang dibayar sehingga RM10,000 dalam filem itu.
Bercerita tentang pengalamannya, Amir berkata, cabaran utama yang perlu dilalui adalah membiasakan diri dengan kostum Cicak Man yang dipakai ketika melakukan aksi-aksi lasak dan merbahaya.
“Sut getahnya agak keras dan menyukarkan sedikit pergerakan, pada masa yang sama lokasi yang sentiasa berubah-ubah menyebabkan saya perlu membiasakan diri terlebih dahulu sebelum melakukan aksi-aksi yang diminta.
“Ia merupakan pengalaman berharga, saya rasa bertuah kerana dikelilingi orang yang profesional dan tahu menjaga keselamatan diri saya,” jelasnya yang teruja dapat berkerja di bawah pengarah muda tersohor, Yusry Abdul Halim.
Rezeki Halim, nyata tidak terhenti setakat itu sahaja, dia turut ditawar melakukan aksi yang sama di dalam filem Jin Notti dan Haq.
Ujarnya, minat yang mendalam dalam bidang seni dan pengarahan filem mendorongnya mengambil jurusan Diploma Perfileman di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara).
“Saya mahu berjaya serentak dalam kedua-dua bidang. Siapa tahu, satu hari nanti saya akan mengarahkan filem sendiri dan menggabungkan parkour dalamnya seperti filem Yamakasi yang berjaya mempopularkan seni ini di seluruh dunia,” katanya yang turut berkongsi minat dengan adiknya, Ammar Haidhar, 21.
Fleksibiliti gerakan

AHLI Kelab 3RUNmy pernah mengadakan persembahan untuk majlis pelancaran model baru Mini Cooper.


Pelajar perubatan di Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), Muhammad Sabree Mohd. Sapian pula berkata, dia gembira kerana parkour semakin diminati masyarakat biarpun tidak begitu popular berbanding sukan lasak lain seperti BMX, skateboard atau rollerblade.
“Sebelum ini, ramai yang salah tafsir dan beranggapan seni ini yang merbahaya dan memudaratkan, malah ada juga yang menganggapnya sebagai satu perbuatan vandalisme.
“Namun sejak kebelakangan ini, popularitinya semakin meningkat, ini dapat dibuktikan melalui maklum balas yang diterima orang ramai dan penganjur setiap kali selesai melakukan persembahan,” katanya yang kini mencecah 23 tahun.
Mula menceburi parkour pada 2003, pemuda itu memberitahu, parkour merupakan seni yang menitik beratkan aspek disiplin, stamina, kelenturan dan ketahanan badan melalui satu gerakan.
“Kami bukan melakukannya secara semberono, sebaliknya menganalisis persekitaran sebelum membuat keputusan melakukan sesuatu aksi dalam melepasi sesuatu halangan di hadapan,” ujarnya.
Jelasnya, seni yang dipopularkan oleh David Belle sekitar tahun 1990-an itu telah banyak mengalami transformasi dan tidak sekadar lompatan biasa bagi melepasi halangan semata-mata.
Katanya, kini terdapat elemen-elemen baru telah dicipta dalam parkour menggabungkan aksi akrobatik dan kreativiti seperti flip (lompatan berpusing) bertujuan menjadikan sesuatu persembahan itu lebih menghiburkan.
“Jika diikutkan terdapat beratus-ratus gerakan dalam parkour, namun asasnya masih sama iaitu berlari, melompat, memanjat, mengimbangi diri dan melakukan pergerakan dengan senyap.
“Menariknya, walaupun menempuh halangan yang sama, gerakan parkour adalah berbeza bagi seseorang individu. Hanya empunya diri yang tahu apa yang akan dilakukannya, sebab itu parkour amat sukar dijangka,” katanya.

Monday 16 May 2011

Rumah Sewa vs Hostel


Tiada komen Hai semua!
Lama dah tak update blog ni.. (teruk punya admin!!)
OK, hari ni nak citer pasal penginapan sebagai budak universiti. Macam biasa la, ada U yg sediakan asrama untuk semua pelajar dan ada yang hanya sediakan untuk pelajar tahun satu dan pelajar senior yang kononnya aktif di kolej. :-)
Bagi yang penginapannya disediakan, takde masalah sangat la nak cari tempat tinggal kan? Cuma berebut je la nak dok kamsis yang hot kononnya.. hehehe.. Tapi kepada yang terpaksa menyewa, banyak jugak perkara yang perlu diambilkira.
Pertama-jarak
Dekat ke rumah sewa korang dengan dewan kuliah dan perpustakaan? kalau jauh, leceh sikit.. pastu belanja pengangkutan pulak akan meningkat. kalau xde trasnport? lagi la susah hidup!!
Kedua-kadar sewa
Sebagai pelajar, seboleh mungkin nak cari rumah yang lengkap dan selesa tapi MURAH!! Ada ke? Kalau nak senang, banyakkan bercampur dengan senior yang dah tahun akhir. Bila dorang kuar dari rumah tu, korang la pulak sambung jadi penyewa. Kalau bernasib baik, tuan rumah bagi ikut kadar sewa lama, best jugak :-D
Ketiga-Kemudahan
Banyak tak kemudahan kat rumah sewa korang tu? Ada wifi? Ada mesin basuh? Ada TV? Ada katil? Ada meja? Semua nak kena ambil kira sebab korang mesti malas nak angkut banyak perkakas keluar masuk rumah sewa. Penatlah!
Keempat-Penghuni
kalau nak murah, memang la kena menyewa beramai-ramai. Tapi kena berhati-hati la memilih kawan serumah. Kalau dapat yang panjang tangan, susah lagi hidup! Pastu kalau dapat yang jenis nak menumpang je, sewa langsung x nak bayar!!! Lagi haru. Jenis lain pulak yang suka membazir. Membazir air, membazir elektrik. Ni pun kena elakkan. Nanti tak pasal2 kena bayar bil tinggi!! Sakit lagi poket…
Bagi yang ada kemudahan asrama, mudah la untuk korang. X payah pening2 sangat. Tapi ada juga kekurangannya. Korang ni nanti kurang sikit skill kehidupan. Yela, nak pergi kuliah, transport dah ada.. Dekat.. Xyah pikir bil elektrik, air, astro dll. Xyah gaduh2 dengan housemate. Xyah masak2. Xyah risau belum bayar sewa. Xyah risau kalau tuan rumah tiba2 halau keluar. Al maklum la, semuanya tersedia. Korang mungkin akan kurang sikit daya juang. Hehehe..
Apa pun, pilihan di tangan masing2. Kalau rasa nak mencabar, pilihlah rumah sewa. Kalau rasa nak ringan beban, dok je la hostel…